Sekolahku

Sekolahku
Pemandangan Sekolah

27 February, 2011

Merentas Desa

Larian merentas desa telah diadakan pada 12 Februari 2011. Penyertaan adalah daripada murid  murid tahap 2 dan guru - guru. Aktiviti ini dapat memupuk semangat kesukanan dan kesihatan dikalangan mereka.

Pertandingan Kaligrafi dan Mewarna

Pertandingan Kaligrafi bagi murid - murid tahap 2 dan mewarna bagi murid - murid tahap 1 telah diadakan di peringkat sekolah pada 28 Januari 2011.

Majlis Perpisahan Pn Loh, GPK 1

Majlis Perpisahan GPK 1 telah diadakan di sekolah pada 19 Januari 2011 dan di Landmark Hotel . Majlis berlangsung dengan meriah.

20 February, 2011

Program Anak Angkat

Pada 17 Januari 2011, seramai 19 orang guru telah terpilih untuk menjadi ibu bapa angkat kepada murid - murid tahun enam.
Murid - murid berkenaan akan dibimbing oleh ibu bapa angkat masing -  masing untuk meningkatkan prestasi akademik mereka.

JAMUAN PERSARAAN PEMBANTU TADBIR SEKOLAH

Jamuan sempena persaraan pembantu tadbir sekolah Pn Rusnah Bte Md Dawi telah diadakan di sekolah untuk memperingati jasa beliau.